Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

PI1M Wangsa Permai, Kepong terletak di kawasan perumahan Apartment Sri Saujana & Saujana Ria. Ia adalah bangunan tinggi perumahan kos rendah yang dibina atas tanah pajakan. Berkedudukan strategik di mana mudah di akses jalan utama seperti Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Jalan Kuching, MRR2 dan Sg. Buloh-Kuala Selangor. Taman Wangsa Permai ini dibawah (N38) DUN PAYA JARAS dan (P107) PARLIMEN SUBANG merupakan sebuah kawasan di Kuala Lumpur di bawah Zon Sentul, terletak kira-kira 6km dari KLCC, ke utara Bukit Lagong, ke barat Bukit Lanjan, Bandar Sri Damansara dan Sungai Buloh, ke timur Selayang, dan ke selatan Jalan Duta, Segambut. Selain terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kepong juga dalam negeri Selangor iaitu dalam daerah Gombak.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017


MEMBUAT KRAFT MENGGUNAKAN CD TERPAKAI

Berita Terkini | 22 Oktober 2017

Jemputan adalah dalam kalangan anak-anak yang di tinggal di Apartment Sri Saujana Wangsa Permai, Kepong. Peserta yang terdiri dalam kalangan kanak kanak mendapat pendedahan tentang kegunaan barangan yang kelihatan seperti tidak berfaedah tp bila diubah dengan kreativiti masing masing akan dapat menghasilkan satu kraft yang cantik. Dengan aktiviti sebegini dapat mengelakkan peserta peserta dari melakukan benda yang tidak berfaedah di sampaing dapat meransang lagi perkembangan otak mereka untuk berfikir secara kreatif dan dapat memupuk semangat kerjasama antara mereka berkongsi idea untuk menghasilkan kraft menggunakan cd terpakai dengan corak bermotifkan bebas...baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLLENGE'

Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya

Health, Beauty & Talent

Berita Terkini | 10 September 2017

Aktiviti ini menekan kepada pengkongsian ilmu tentang penjagaan & merawat kulit muka dari Konsultan Kecantikan Mary Kay. Ia juga dapat merapatkan hubungan ukhwah diantara komuniti dengan staf Pi1M Wangsa Permai....baca selanjutnya

'QUALIFYING ROUND - DIGI-PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLENGE'

Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2017

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer.....baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna & Mendeklamasikan Puisi Merdeka

Berita Terkini | 13 Ogos 2017

Ia sebahagian usaha untuk menanam sifat Cintakan Negara Malaysia dan juga dapat menyemarakkan semangat kemerdekaan dikalangan golongan muda dan dapat mempromosikan aktiviti bulan & tahunan kepada para masyarakat setempat....baca selanjutnya

Rumah Terbuka PI1M Wangsa Permai

Berita Terkini | 15 Julai 2017

Aktiviti ini adalah sebagai aktiviti bersama komuniti dalam merapatkan ukhwah sekaligus meraikan sambutan Hari Raya...baca selanjutnya

MEMBACA AL-QURAN ONLINE

Berita Terkini | 10 Jun 2017

Bersempena Bulan Ramadhan al-Mubarak kami mengadakan aktiviti membaca Al-Quran secara online melalui laman web read.quranexplore.com/. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran menggunakan pelbagai web dalam talian dan mempelbagaikan kaedan bacaan Al-Quran. Ia sebagai aktiviti yang manfaat kepada semua golongan masyarakat Muslim...baca selanjutnya

MAJLIS BACAAN YASIN

Berita Terkini | 13 Mei 2017

Majlis ini diadakan khusus untuk meraikan kehadiran bulan Ramadan yang bakal tiba dan merapatkan hubungan ukhwah diantara komuniti dengan staf PI1M Wangsa Permai....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MELUKIS

Berita Terkini | 15 April 2017

Pertandingan ini dapat menguji dan mengasah kemahiran melukis menggunakan aplikasi MS Paint dan menggalakkan peserta untuk meneroka daya imaginasi, kreativiti dan seterusnya meluahkan idea-idea dalam bentuk lukisan....baca selanjutnya

'Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017'

Aktiviti Terkini | 12 - 14 April 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik......baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M WANGSA PERMAI

Berita Terkini | 04 Mac 2017

Hari Terbuka ini diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhwah di antara kakitangan PI1M bersama masyarakat setempat terutamanya penduduk Apartment Saujana Ria & Tmn Wangsa Permai dan sebagai medium untuk memperkenal, mempromosi dan mengukuhkan pemahaman mengenai fungsi Pusat Internet 1 Malaysia kepada komuniti dari segi perkhidmatan dan kelas-kelas yang di anjurkan secara percuma. Semasa Hari Terbuka kaunter 100 ahli percuma telah dibuka untuk orang ramai mendaftar....baca selanjutnya

Pertandingan Rapid - Speed Typing

Berita Terkini | 11 Februari 2017

Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli@bukan ahli. Ia salah satu permainan online yang menguji kepantasan kemahiran menaip mengikut masa yang ditetapkan. Selain ia menguji kemahiran menaip,peserta turut mendapat manfaat dalam penambahan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris dengan lebih banyak kerana permainan ini hanya menyediakan perkataan di dalam Bahasa Inggeris sahaja....baca selanjutnya

Program itextbook (Buku Teks Interaktif Online)

Berita Terkini | 14 Januari 2017

Itexbook merupakan suatu medium pembelajaran yang merangkumi bahan pembelajaran komprehensif berasakan kurikulum standard, puluhan ribu soalan denagan standard berserta jawapan yang lengkap dan kaedah penyelesaian,langkah demi langkah....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti