Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

PI1M Wangsa Permai, Kepong terletak di kawasan perumahan Apartment Sri Saujana & Saujana Ria. Ia adalah bangunan tinggi perumahan kos rendah yang dibina atas tanah pajakan. Berkedudukan strategik di mana mudah di akses jalan utama seperti Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Jalan Kuching, MRR2 dan Sg. Buloh-Kuala Selangor. Taman Wangsa Permai ini dibawah (N38) DUN PAYA JARAS dan (P107) PARLIMEN SUBANG merupakan sebuah kawasan di Kuala Lumpur di bawah Zon Sentul, terletak kira-kira 6km dari KLCC, ke utara Bukit Lagong, ke barat Bukit Lanjan, Bandar Sri Damansara dan Sungai Buloh, ke timur Selayang, dan ke selatan Jalan Duta, Segambut. Selain terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kepong juga dalam negeri Selangor iaitu dalam daerah Gombak.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Pertandingan 'Puzzle Giant'

Aktiviti Terkini | 17 Disember 2016

Memperkasakan lagi pengetahuan ahli berkaitan kempen Klik Dengan Bijak anjuran SKMM... baca selanjutnya

Pertandingan Melukis MS Paint

Aktiviti Terkini | 26 November 2016

Pertandingan ini dapat melahirkan masyarakat yang kreatif & berdaya seni dengan menggunakan komputer sebagai medium berkarya. Rentetan daripada kelas-kelas ICT yang telat mereka hadiri setiap minggu, pertandingan ini untuk menyerlahkan bakat mereka... baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK 2016 (SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA)

Aktiviti Terkini | 14 November 2016

Program ini adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar-pelajar SK Bandar Baru Sri Damansara, Kepong, Selangor tentang melayari internet secara bijak dan berhemah... baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Berita Terkini | September - November 2016


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

KELAS ICT : "RAPID TYPING TEST"

Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2016

Kelas ICT ini diadakan untuk mengajar ahli-ahli PI1M tentang cara menaip menggunakan komputer... baca selanjutnya

KELAS ICT : MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2016

Kelas ICT ini diadakan adalah untuk memberi ilmu kepada setiap ahli PI1M tentang penggunaan Miscosoft Word demi memudahkan urusan seharian ahli-ahli PI1M... baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M Wangsa Permai

03 September 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah sesama kakitangan, turut dijadikan sebagai aktiviti tahunan untuk penduduk setempat....baca selanjutnya

Pertandingan : Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016

Berita Terkini | Ogos 2016


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Pertandingan Poster Kemerdekaan

27 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

baca selanjutnya

Rumah Terbuka PI1M Wangsa Permai

24 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan untuk bersama-sama meraikan Hari Raya bersama-sama komuniti di samping mengambil peluang memberikan pendedahan kepada orang ramai untuk lebih mengenali dan mengetahui kewujudan dan peranan Pusat Internet 1 Malaysia... baca selanjutnya

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim ,Warga Emas & Ibu Tunggal Apartment Saujana Ria, Kepong

25 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan untuk bersama-sama menjayakan program bulanan komuniti disamping mengambil peluang memberikan pendedahan kepada orang ramai untuk lebih mengenali dan mengetahui kewujudan dan peranan Pusat Internet 1 Malaysia... baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun 2016 | Berita Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Wangsa Permai ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Wangsa Permai seperti kelas komputer dan sebagainya.

lagi berita & aktiviti